Malay English
JGLOBAL_PRINT

Diploma Teknologi Kejuruteraan Minyak & Gas (Sistem Paip & Rekabentuk Struktur)

KOD KURSUS: EK12

 

Automotif

TEMPOH LATIHAN : 3 Tahun

PERSIJILAN:
(i) Diploma Kemahiran Malaysia (Tahap 4)
(ii) Diploma Teknologi Kejuruteraan (DTK)

KETERANGAN KURSUS :
Kursus ini menekankan kemahiran dalam kerja-kerja fabrikasi paip minyak dan gas, pemasangan paip minyak dan gas dan menguji guna sistem perpaipan minyak dan gas. Selain itu pelajar juga didedahkan dengan ilmu nilai tambah seperti Non Destructive Testing (NDT) dan merekabentuk struktur dan paip dengan menggunakan perisian Piping Database Management System (PDMS) dan BOCAD. Pelajar-pelajar juga akan dilengkapkan dengan kemahiran pengurusan projek dengan perisian Primavera, penyeliaan projek, dan kawalan kualiti (Quality Control) dalam industri Minyak dan gas. Setelah tamat kursus pelajar mesti boleh membuat sistem perpaipan minyak dan gas, merekabentuk dan membuat analisis sistem perpaipan minyak dan gas serta mengurus dan merancang projek dalam industri ini.

PELUANG KERJAYA:
Penolong Jurutera sistem paip di dalam bidang teknologi minyak dan gas.

Penyelia sistem paip (Piping Supervisor)

Perekabentuk sistem Paip (Piping designer)

PDMS Operator

NDT Technician

Piping QC

Penolong Jurutera perancangan projek (Assistant Planning Engineer)

Penolong teknikal (Technical assistant)

KELAYAKAN AKADEMIK

Memiliki SPM/SPMV dengan sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian dalam subjek : Sains/Fizik/subjek teknikal (bidang berkaitan), Matematik/Matematik Tambahan, bahasa Melayu dan lulus Bahasa Inggeris

>Diploma Teknologi Perindustrian Minyak & Gas (Sistem Paip & Rekabentuk Struktur)<