SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI ADTEC BINTULU

DIPLOMA TEKNOLOGI MEKATRONIK

DIPLOMA TEKNOLOGI MEKATRONIK
KOD KURSUS: L12

TEMPOH LATIHAN : 1 tahun 6 bulan

PERSIJILAN:
(i) Diploma Kemahiran Malaysia (Tahap 4)

(ii) Diploma Teknologi Perindustrian (DTP)

KETERANGAN KURSUS :
Kursus Ini adalah gabungan daripada teknologi elektronik dan mekanikal dengan memberikan penekanan kepada sistem automasi dan penggunaan robot yang meluas. objektif kursus ini adalah untuk melatih pelajar supaya boleh menggunakan pelbagai sistem seperti hidraulik dan elektro-hidraulik, pneumatik dan elektropneumatik, sistem elektrik & elektronik, sistem automasi dan sistem robotik. Pelajar juga akan dilatih agar boleh merekabentuk dan membangunkan atau mengubahsuai dan mempertingkatkan sistem atau peralatan yang digunapakai dalam industri proses dan pembuatan.

PELUANG KERJAYA:
Penyelia atau Pembantu Jurutera Mekatronik di dalam bidang mekanikal, elektronik atau automasi perindustrian

KELAYAKAN AKADEMIK
Memiliki sekurang-kurangnya SKM Tahap 3 serta lulus SPM & SPMV (lulus Bahasa Melayu) lulus temuduga yang dijalankan.