SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI ADTEC BINTULU

DIPLOMA TEKNOLOGI PENYEJUKBEKUAN & PENYAMANAN UDARA

DIPLOMA TEKNOLOGI PENYEJUKBEKUAN & PENYAMAN UDARA
KOD KURSUS: L05

TEMPOH LATIHAN : 1 tahun 6 bulan

PERSIJILAN:
(i) Diploma Kemahiran Malaysia (Tahap 4)

(ii) Diploma Teknologi Perindustrian (DTP)

KETERANGAN KURSUS :
Kursus ini memberi penekanan kepada pengetahuan dan kemahiran dalam pengujian dan penyelenggaraan sistem penyamanan udara domestik, menganalisa dan merekabentuk susunatur sistem penyamanan udara, mempelajari kemahiran menulis laporan pemeriksaan penyelenggaraan, pengurusan dalam kerja-kerja binaan berkaitan penyamanan udara serta mematuhi dan mengamalkan peraturan keselamatan dan kesihatan.

PELUANG KERJAYA:
Pembantu Jurutera Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara atau Penyelia Penyelenggaraan sistem pengudaraan bangunan.

KELAYAKAN AKADEMIK
Memiliki sekurang-kurangnya SKM Tahap 3 serta lulus SPM & SPMV (lulus Bahasa Melayu ) lulus temuduga yang dijalankan.