SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI ADTEC BINTULU

Kursus LV dan HV Protection Relay

20 – 22 Mei 2025 | Kursus LV dan HV Protection Relay melibatkan 7 orang pengajar Bengkel Teknologi Elektrik Kuasa, ADTEC Bintulu. Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan teori dan amali mengenai LV dan HV protection relay yang terdiri daripada Overcurrent relay, Earth Fault relay dan Earth Leakage relay. Selain itu, amali kalibrasi protection relay dan pengukuran CT (Current Transformer) juga telah dilakukan dengan penggunaan borang pengujian sebenar yang biasa digunapakai oleh pihak pembekal tenaga elektrik. Terima kasih diucapkan kepada semua pengajar jemputan yang telah sudi berkongsi pengetahuan dan pengalaman mereka sepanjang kursus ini.
“EMPOWERING SKILLS, IGNITING FUTURES”


𝑴𝒆𝒎𝒑𝒆𝒓𝒌𝒂𝒔𝒂 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒉𝒊𝒓𝒂𝒏, 𝑴𝒆𝒏𝒚𝒆𝒎𝒂𝒓𝒂𝒌 𝑴𝒂𝒔𝒂 𝑯𝒂𝒅𝒂𝒑𝒂𝒏