21 Ogos 2025 | ADTEC Bintulu telah menerima kunjungan daripada rakan industri iaitu syarikat LPG Terminal PUSAKA Integrated Resources Sdn Bhd. Kunjungan ini telah menjadi platform berbincangan awal dalam merangka perincian kerjasama masa hadapan yang memfokuskan kepada peningkatan kemahiran pekerja syarikat dan kebolehkerjaan lepasan ADTEC Bintulu. Pihak Syarikat diwakili oleh Pengurus Besar, En Muhd Syahiskandar bin Sahmat, diiringi oleh En Hamdan bin Sulaiman, Ketua Operasi Syarikat dan En Jafni bin Ismail, Pengurus Projek syarikat. Pihak ADTEC Bintulu pula diwakili oleh Ketua Jabatan Elektrik, En Mohamad Safri bin Mohd Dali dan Ts Hassan bin Lee, Ketua Bahagian Teknologi Elektrik Kuasa.
“EMPOWERING SKILLS, IGNITING FUTURES”
