Pengenalan Institut
Kolej Teknologi Termaju (ADTEC) adalah institusi latihan vokasional (TVET) di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM). Manakala JTM di bawah Kementerian Sumber Manusia, Malaysia. Sejarah penubuhan Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia ini telah bermula semenjak tahun 1964 lagi dengan penubuhan ILP Kuala Lumpur yang kini dikenali dengan nama ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur.
Seterusnya pada tahun 2008 Majlis Pecah untuk pembinaan ADTEC JTM Kampus Bintulu, ADTEC pertama dan satu-satunya di Wilayah Timur (Sabah, Sarawak dan Labuan) Projek diluluskan dalam RM Ke-9 dengan Kos pembinaan RM165 juta pada Keluasan kawasan 60 ekar. Pada 10hb April 2011, Diserahkan kepada pengurusan JTM dan pada 8hb September 2015 Majlis Perasmian disempurnakan oleh Mantan YAB Ketua Menteri Sarawak, Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Hj Adenan Bin Hj. Satim.
Pengambilan pertama pelajar pada Sesi Januari 2014 dengan pelajar seramai 172 orang. Antara kursus-kursus yang telah dijalankan pada awal operasinya Diploma Tek. Pemasangan Paip Minyak & Gas, Diploma Tek. Kimpalan, Diploma Tek. Automotif, Diploma Tek. Elektrik Kuasa, Diploma Tek. Mekatronik dan Diploma Tek. Penyejukbekuan & Penyamanan Udara.
Kolej Teknologi Termaju (ADTEC) Kampus Bintulu merupakan institusi TVET kerajaan di bawah Jabatan Tenaga Manusia yang berperanan juga untuk melaksanakan program latihan kemahiran prapekerjaan dan kursus peningkatan kemahiran bagi memenuhi keperluan tenaga kerja berkemahiran di sektor industri negara.
