Satu sistem bekalan kuasa mudah alih yang direka bagi memastikan bekalan elektrik berterusan walaupun berlaku gangguan pada sumber utama. Sistem ini berfungsi untuk menukar sumber kuasa secara automatik atau manual antara tiga sumber utama iaitu grid elektrik, sistem solar, dan generator (genset).
โApabila grid utama tidak berfungsi, sistem akan menukar bekalan kepada kuasa solar secara automatik. Sekiranya sistem solar juga gagal beroperasi, maka genset akan mengambil alih sebagai sumber kuasa sementara. Selain itu, pengguna turut diberi pilihan untuk memilih sumber kuasa yang ingin digunakan secara manual, bergantung kepada keperluan atau keadaan semasa.
โ