Perutusan Pengarah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat datang kepada semua Pensyarah dan warga kerja di Kolej Teknologi Termaju atau dikenali Advanced Technology College (ADTEC) JTM Kampus Bintulu. Tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam pembangunan Laman Web Kolej Teknologi Termaju Kampus Bintulu sehingga berjaya menyediakan satu platfom untuk rujukan kepada pengunjung dalam mendapatkan maklumat program dan aktiviti yang dijalankan di Institut ini. ADTEC JTM Kampus Bintulu adalah sebuah Institusi Latihan dan Pembelajaran yang berperanan dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian Negara.

ADTEC JTM Kampus Bintulu sangat komited untuk memastikan segala maklumat yang berkaitan dengan Program Latihan dapat disampaikan dengan cepat, tepat dan berkesan, sekaligus memperkukuhkan dan memperkasakan lagi pengendalian Program Latihan selaras dengan perkembangan teknologi terkini.

Ts. SYAHRULL NIZAM BIN HJ. PERDAN

Pengarah

Kolej Teknologi Termaju Kampus Bintulu

Barisan Pengarah-Pengarah Yang Telah Memimpin ADTEC JTM Kampus Bintulu