PROGRAM SEPENUH MASA

Diploma Teknologi Elektrik Kuasa

KOD KURSUS: DMEK34 TEMPOH LATIHAN : 2 tahun
PERSIJILAN: (i) Diploma Kemahiran Malaysia (Tahap 4)
(ii) Diploma Teknologi Perindustrian (DTP)
KETERANGAN KURSUS:
Kursus ini memberi penekanan kepada latihan teori dan amali dalam mereka bentuk dan membuat anggaran kos bagi kerja-kerja elektrik, menggunakan peralatan ujian dan perlindungan pemasangan, peralatan industri, kendalian mesin dan sistem agihan bekalan, membuat pemasangan dan pemeriksaan bekalan elektrik, menyelenggara sistem pneumatik, hidraulik dan automasi, bekalan kecemasan, pengulang-alik, kotak kawalan janakuasa dan kemahiran penyeliaan kerja-kerja berkaitan elektrik.

PELUANG KERJAYA:
Pembantu Jurutera Elektrik atau Penyelia Jentera Elektrik bagi sektor industri yang mempunyai jentera elektrik voltan tinggi dan rendah atau Penyelia Penyelenggaraan elektrik dan bangunan.

KELAYAKKAN AKADEMIK:

  1. Memiliki sekurang-kurangnya SKM Tahap 3 serta lulus SPM & SPMV (lulus Bahasa Melayu ) lulus temuduga yang dijalankan.
  2. Mempunyai perakuan Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal (PW2) atau 3 Fasa (PW4) daripada Suruhanjaya Tenaga atau Gred 1 daripada EIU.

Diploma Teknologi Mekatronik

KOD KURSUS: DEME34 TEMPOH LATIHAN : 1 tahun 6 bulan
PERSIJILAN: (i) Diploma Kemahiran Malaysia (Tahap 4)
(ii) Diploma Teknologi Perindustrian (DTP)
KETERANGAN KURSUS:
Kursus Ini adalah gabungan daripada teknologi elektronik dan mekanikal dengan memberikan penekanan kepada sistem automasi dan penggunaan robot yang meluas. objektif kursus ini adalah untuk melatih pelajar supaya boleh menggunakan pelbagai sistem seperti hidraulik dan elektro-hidraulik, pneumatik dan elektropneumatik, sistem elektrik & elektronik, sistem automasi dan sistem robotik. Pelajar juga akan dilatih agar boleh merekabentuk dan membangunkan atau mengubahsuai dan mempertingkatkan sistem atau peralatan yang digunapakai dalam industri proses dan pembuatan..

PELUANG KERJAYA:
Penyelia atau Pembantu Jurutera Mekatronik di dalam bidang mekanikal, elektronik atau automasi perindustrian.

KELAYAKKAN AKADEMIK:

  1. Memiliki sekurang-kurangnya SKM Tahap 3 serta lulus SPM & SPMV (lulus Bahasa Melayu) lulus temuduga yang dijalankan

Diploma Teknologi Penyejukbekuan & Penyamanan Udara

KOD KURSUS: DMPU34 TEMPOH LATIHAN : 1 tahun 6 bulan
PERSIJILAN: (i) Diploma Kemahiran Malaysia (Tahap 4)
(ii) Diploma Teknologi Perindustrian (DTP)
KETERANGAN KURSUS:
Kursus ini memberi penekanan kepada pengetahuan dan kemahiran dalam pengujian dan penyelenggaraan sistem penyamanan udara domestik, menganalisa dan merekabentuk susunatur sistem penyamanan udara, mempelajari kemahiran menulis laporan pemeriksaan penyelenggaraan, pengurusan dalam kerja-kerja binaan berkaitan penyamanan udara serta mematuhi dan mengamalkan peraturan keselamatan dan kesihatan.

PELUANG KERJAYA:
Pembantu Jurutera Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara atau Penyelia Penyelenggaraan sistem pengudaraan bangunan.

KELAYAKKAN AKADEMIK:

  1. Memiliki sekurang-kurangnya SKM Tahap 3 serta lulus SPM & SPMV (lulus Bahasa Melayu) lulus temuduga yang dijalankan.

Diploma Teknologi Kimpalan

KOD KURSUS: DWKA34 TEMPOH LATIHAN : 1 tahun 6 bulan
PERSIJILAN: (i) Diploma Kemahiran Malaysia (Tahap 4)
(ii) Diploma Teknologi Perindustrian (DTP)
KETERANGAN KURSUS:
Pendedahan terhadap teori dan amali dalam proses kimpalan yang melibatkan keluli karbon (carbon steel), keluli tahan karat (stainless steel), aluminium dan sebagainya. Di antara jenis kimpalan yang digunakan adalah seperti Shielded Metal Arc Welding (SMAW), Gas Metal Arc Welding (GMAW), Gas Tungsten Arc Welding (GTAW), Submerge Arc Welding (SAW) dan sebagainya. Di dalam kursus ini pelajar akan mempelajari perkara berkaitan kawalan dan jaminan kualiti, pemeriksaan dan pengujian, penyeliaan, latihan loji dan sebagainya. Pelajar juga akan dibekalkan dengan kemahiran aplikasi perisian komputer. Latihan juga merangkumi kemahiran merancang, menyelia merekabentuk, memeriksa dan menguji kerja-kerja kimpalan bagi memenuhi keperluan jaminan mutu dan peraturan keselamatan.

PELUANG KERJAYA:
Pembantu Jurutera Kimpalan di dalam industri pembuatan dan pembinaan logam / Juruteknik dalam loji pemasangan mesin dan jentera, peralatan logam dan kerja-kerja struktur pembinaan logam di sektor industri.

KELAYAKKAN AKADEMIK:
Memiliki sekurang-kurangnya SKM Tahap 3 serta lulus SPM & SPMV (lulus Bahasa Melayu ) lulus temuduga yang dijalankan.

Diploma Teknologi Pemasangan Paip Minyak & Gas

KOD KURSUS: DWPM34 TEMPOH LATIHAN : 1 tahun 6 bulan
PERSIJILAN: (i) Diploma Kemahiran Malaysia (Tahap 4)
(ii) Diploma Teknologi Perindustrian (DTP)
KETERANGAN KURSUS:
Kursus ini menekankan kemahiran dalam kerja-kerja fabrikasi paip minyak dan gas, pemasangan paip minyak dan gas dan menguji guna sistem perpaipan minyak dan gas. Selain itu pelajar juga didedahkan dengan ilmu nilai tambah seperti Non Destructive Testing (NDT) dan merekabentuk struktur dan paip dengan menggunakan perisian Piping Database Management System (PDMS) dan BOCAD. Pelajar-pelajar juga akan dilengkapkan dengan kemahiran pengurusan projek dengan perisian Primavera, penyeliaan projek, dan kawalan kualiti (Quality Control) dalam industri Minyak dan gas. Setelah tamat kursus pelajar mesti boleh membuat sistem perpaipan minyak dan gas, merekabentuk dan membuat analisis sistem perpaipan minyak dan gas serta mengurus dan merancang projek dalam industri ini.

PELUANG KERJAYA:
-Penolong Jurutera sistem paip di dalam bidang teknologi minyak dan gas. -Penyelia sistem paip (Piping Supervisor) -Perekabentuk sistem Paip (Piping designer) -PDMS Operator -NDT Technician -Piping QC -Penolong Jurutera perancangan projek (Assistant Planning Engineer) -Penolong teknikal (Technical assistant)

KELAYAKKAN AKADEMIK:
Memiliki sekurang-kurangnya SKM Tahap 3 serta lulus SPM & SPMV (lulus Bahasa Melayu ) lulus temuduga yang dijalankan.

Diploma Teknologi Automotif Servis

KOD KURSUS: DTAS34 TEMPOH LATIHAN : 1 tahun 6 bulan
PERSIJILAN: (i) Diploma Kemahiran Malaysia (Tahap 4)
(ii) Diploma Teknologi Perindustrian (DTP)
KETERANGAN KURSUS:
Kursus ini menekankan kemahiran dalam kerja-kerja servis kenderaan bermotor (automotif) termasuk sistem enjin, sistem casis, sistem transmisi dan lain-lain. Pelajar-pelajar juga akan dilengkapkan dengan kemahiran pengurusan, penyeliaan dan pedagogi dalam industri automotif. Setelah tamat kursus pelajar mesti boleh menyelenggara, merumus masalah automotif dan boleh mengajar dalam bidang ini.

PELUANG KERJAYA:
Penolong Jurutera Automotif di dalam bidang teknologi automotif.

KELAYAKKAN AKADEMIK:
Memiliki sekurang-kurangnya SKM Tahap 3 serta lulus SPM & SPMV (lulus Bahasa Melayu ) lulus temuduga yang dijalankan.