SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI ADTEC BINTULU

Diploma Teknologi Elektrik Kuasa

DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRIK KUASA

KOD KURSUS: L01

TEMPOH LATIHAN : 2 tahun

PERSIJILAN:

(i) Diploma Kemahiran Malaysia (Tahap 4)

(ii) Diploma Teknologi Perindustrian (DTP)

KETERANGAN KURSUS:

Kursus ini memberi penekanan kepada latihan teori dan amali dalam mereka bentuk dan membuat anggaran kos bagi kerja-kerja elektrik, menggunakan peralatan ujian dan perlindungan pemasangan, peralatan industri, kendalian mesin dan sistem agihan bekalan, membuat pemasangan dan pemeriksaan bekalan elektrik, menyelenggara sistem pneumatik, hidraulik dan automasi, bekalan kecemasan, pengulang-alik, kotakย kawalan janakuasa dan kemahiran penyeliaan kerja-kerja berkaitan elektrik.

PELUANG KERJAYA:

Pembantu Jurutera Elektrik atau Penyelia Jentera Elektrik bagi sektor industri yang mempunyai jentera elektrik voltan tinggi dan rendah atau Penyelia Penyelenggaraan elektrik dan bangunan.

KELAYAKAN AKADEMIK

  1. Memiliki sekurang-kurangnya SKM Tahap 3 serta lulus SPM & SPMV (lulus Bahasa Melayu ) lulus temuduga yang dijalankan.
  2. Mempunyai perakuan Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal (PW2) atau 3 Fasa (PW4) daripada Suruhanjaya Tenaga atau Gred 1 daripada EIU.