SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI ADTEC BINTULU

Diploma Teknologi Kimpalan

Diploma Teknologi Kimpalan

KOD KURSUS: K01

TEMPOH LATIHAN : 1 tahun 6 bulan

PERSIJILAN: 

(i) Diploma Kemahiran Malaysia (Tahap 4)

(ii) Diploma Teknologi Perindustrian (DTP)

KETERANGAN KURSUS:

Pendedahan terhadap teori dan amali dalam proses kimpalan yang melibatkan keluli karbon (carbon steel), keluli tahan karat (stainless steel), aluminium dan sebagainya. Di antara jenis kimpalan yang digunakan adalah seperti Shielded Metal Arc Welding (SMAW), Gas Metal Arc Welding (GMAW), Gas Tungsten Arc Welding (GTAW), Submerge Arc Welding (SAW) dan sebagainya. Di dalam kursus ini pelajar akan mempelajari perkara berkaitan kawalan dan jaminan kualiti, pemeriksaan dan pengujian, penyeliaan, latihan loji dan sebagainya. Pelajar juga akan dibekalkan dengan kemahiran aplikasi perisian komputer. Latihan juga merangkumi kemahiran merancang, menyelia merekabentuk, memeriksa dan menguji kerja-kerja kimpalan bagi memenuhi keperluan jaminan mutu dan peraturan keselamatan.

PELUANG KERJAYA:

Pembantu Jurutera Kimpalan di dalam industri pembuatan dan pembinaan logam / Juruteknik dalam loji pemasangan mesin dan jentera, peralatan logam dan kerja-kerja struktur pembinaan logam di sektor industri.

KELAYAKAN AKADEMIK

Memiliki sekurang-kurangnya SKM Tahap 3 serta lulus SPM & SPMV (lulus Bahasa Melayu) lulus temuduga yang dijalankan