SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI ADTEC BINTULU

PERUTUSAN PENGARAH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat datang kepada semua Pensyarah dan warga kerja di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Bintulu. Tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam pembangunan Laman Web Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Bintulu sehingga berjaya menyediakan satu platfom untuk rujukan kepada pengunjung dalam mendapatkan maklumat program dan aktiviti yang dijalankan di Institut ini. ADTEC Bintulu adalah sebuah Institusi Latihan dan Pembelajaran yang berperanan dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian Negara.

ADTEC Bintulu sangat komited untuk memastikan segala maklumat yang berkaitan dengan Program Latihan dapat disampaikan dengan cepat, tepat dan berkesan, sekaligus memperkukuhkan dan memperkasakan lagi pengendalian Program Latihan selaras dengan perkembangan teknologi terkini.

Ts. DR. ARUNA BINTI ISMAIL@ABD WAHAB K.M.N

Pengarah

Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Bintulu, Sarawakihan Telog(ADTC) Bintlu